1 post tagged “dublin”
Tiket utk berjumpa sifu ini telah dijual bermula pada bulan 12 tahun lepas. Setelah 3 bulan lebih menunggu, akhirnya tercapai juga hasrat orang Malaysia di Dublin utk berjumpa dengan sifu. Gate Ambassador telah dibuka pada pukul 2.30petang hari Jumaat yang merupakan hari Good Friday dan cuti di Ireland. Artis undangan yang telah diundang ialah Mr Art Fazil dari UK. Beliau memulakan persembahan dengan lagu lagu beliau seperti Dikir Fikir Fikir, Satu Suara, Nur dan satu lagu baru khas utk warga Malaysia di bumi Irish, Melayu di kota Irish ( Inggeris ). Dan selepas itu Sifu M. Nasir pun memulakan persembahan yang sempoi dan bertenaga. Walaupun beliau sampai sini hari Rabu dan konsert/gig ni hari Jumaat, masa berlatih dengan band warga Dublin ni pon singkat, persembahan beliau sungguh bertenaga. Terima kasih kepada yang telah menjayakan konsert ini, dan terima kasih kepada mastermind dalam perjalanan konsert ini dari awal hingga akhir. Semoga sifu tak serik utk dtg lagi ke Dublin ni.
Lagu lagu yang dibawak:
Rajawali / Hati Emas / Apokalip / Raikan Cinta / Ada / Juwita Citra Terindah / Dua Insan / Gerhana / Kepadamu kekasih / Keroncong utk ana / Tanya sama itu hud hud / Bonda / Suatu Masa / Mustika / Impian anak jalanan / Anak2 kita / Sesat di kuala lumpur / Di balik cermin mimpi .
Photo collection : http://rott.vox.com/mnasir-live-in-dublin/

malam last sifu di Dublin... sempat minum secangkir kopi .. Thanks Bert......Thanks Sifu, Kak Marlia and Suci.