Thank you Sifu .....
Tiket utk berjumpa sifu ini telah dijual bermula pada bulan 12 tahun lepas. Setelah 3 bulan lebih menunggu, akhirnya tercapai juga hasrat orang Malaysia di Dublin utk berjumpa dengan sifu. Gate Ambassador telah dibuka pada pukul 2.30petang hari Jumaat yang merupakan hari Good Friday dan cuti di Ireland. Artis undangan yang telah diundang ialah Mr Art Fazil dari UK. Beliau memulakan persembahan dengan lagu lagu beliau seperti Dikir Fikir Fikir, Satu Suara, Nur dan satu lagu baru khas utk warga Malaysia di bumi Irish, Melayu di kota Irish ( Inggeris ). Dan selepas itu Sifu M. Nasir pun memulakan persembahan yang sempoi dan bertenaga. Walaupun beliau sampai sini hari Rabu dan konsert/gig ni hari Jumaat, masa berlatih dengan band warga Dublin ni pon singkat, persembahan beliau sungguh bertenaga. Terima kasih kepada yang telah menjayakan konsert ini, dan terima kasih kepada mastermind dalam perjalanan konsert ini dari awal hingga akhir. Semoga sifu tak serik utk dtg lagi ke Dublin ni.
Lagu lagu yang dibawak:
Rajawali / Hati Emas / Apokalip / Raikan Cinta / Ada / Juwita Citra Terindah / Dua Insan / Gerhana / Kepadamu kekasih / Keroncong utk ana / Tanya sama itu hud hud / Bonda / Suatu Masa / Mustika / Impian anak jalanan / Anak2 kita / Sesat di kuala lumpur / Di balik cermin mimpi .
Photo collection : http://rott.vox.com/mnasir-live-in-dublin/

malam last sifu di Dublin... sempat minum secangkir kopi .. Thanks Bert......Thanks Sifu, Kak Marlia and Suci.
Comments
Koleksi video dan gambar M.Nasir yg sangat menarik.
Kalau boleh saya ingin meminjam gambar dan video di atas utk dimuatkan dalam laman Prahara Seni yg saya dedikasikan khas buat sifu.
Boleh saya tahu lebih lanjut berkenaan persembahan sifu di atas?
Di mana dan bila ia diadakan?
Salam.
Saudagar Mimpi ....
terima kasih kerana melawat pondok buruk aku ni....
boleh pinjam no problem....
Konsert ni di adakan di Ambassador Theatre, Dublin Ireland pada 21 March 2008. Crowd yang datang adalah sekitar warga malaysia di dublin dan tak kurang juga local irish. Lebih kurang 20 Lagu dibawa. Tak salah aku Sifu dtg sini just sebahagian daripada plan dia utk berjalan jalan utk bercuti....
tq
Memang berita menarik ni.
Memandangkan saudara telah menghadiri konsert tu, kalau saudara tak keberatan boleh la jadi reporter konsert di Dublin ni. Buat review sikit. Info set list lagu-lagu yg dibawa oleh sifu dsbnya. Nanti saya akan letakkan review saudara di laman saya. :-)
Boleh e-mailkan kepada saya di ribut_seni@yahoo.com.sg
Tq
- Rajawali
- Hati Emas
- Apokalip
- Raikan Cinta
- Ada
- Juwita Citra Terindah
- Dua Insan
- Gerhana
- Keroncong utk ana
- Tanya sama itu hud hud
- Bonda
- Suatu Masa
- Mustika
- Impian anak jalanan
- Anak2 kita